Monday 11 March 2013

Set Menyusu 3M Shaklee

Pengambilan vitamin ini bukan semata-mata untuk memperBANYAKkan susu badan. Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Monday 4 March 2013

Kalsium Magnesium penting untuk tubuh


KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat.

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 


CERIA MENAWAN: MAKAN UNTUK CANTIK, CERGAS

Apakah makanan yang anda ambil untuk sarapan pagi ini? Mungkin roti canai atau nasi lemak serta teh tarik. Apa saja makanan yang anda pilih, pengetahuan mengenai makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat anda ialah cantik dan cergas.
Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri. Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.
Protein
Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur. Protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.
Selain itu, protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang. Protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.
Asid Lemak Perlu
Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan. Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.

20 tips hidup sihat

1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.
3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.
4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.